Visi, Misi & Nilai-Nilai

Visi Kami

Kami berhasrat untuk membangunkan pemimpin masa depan dengan visi antarabangsa, akhlak, kebolehan intelek dan belas kasihan yang mendalam bagi umat manusia berdasarkan kepercayaan dan nilai-nilai Kristian.

Matlamat Kami

  • Menjadi benar kepada asas kami dengan memupuk pembangunan kepercayaan dan nilai-nilai Kristian, dan menggalakkan pertumbuhan rohani semua anggota masyarakat
  • Mewujudkan satu masyarakat antarabangsa yang kuat, bertenaga dan sedar konteks global serta isu-isu yang mempengaruhuinya
  • Menggalakkan pelajar-pelajar kami menghargai keperluan untuk memahami, menghormati, berkhidmat dan mengambil berat terhadap orang lain
  • Memupuk kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan komitmen peribadi kepada perkhidmatan dalam kalangan pelajar kami
  • Menggalakkan pelajar-pelajar kami mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mencapai kesejahteraan mereka dan untuk meningkatkan kesedaran budaya mereka
  • Mempromosikan perkembangan intelek pelajar kami bersama-sama dengan pencapaian kelayakan akademik terbaik setanding dengan keupayaan setiap pelajar
  • Menggalakkan cinta sejati dan hakiki pengajian; menggalakkan pembelajaran kreatif, kritikal dan reflektif; dan membantu pelajar untuk menyampaikan idea dan kepercayaan mereka dengan cara yang seimbang tetapi jelas
  • Menggalakkan pembangunan peribadi seperti disiplin diri, inisiatif, berdikari dan semangat keusahawanan
  • Menyediakan persekitaran fizikal yang berkualiti tertinggi untuk meningkatkan pendidikan yang ditawar

Falsafah Kami

ACS (International) membawa satu dimensi antarabangsa kepada pendidikan tradisi ACS. Bersama-sama dengan sekolah-sekolah ACS lain, kami percaya semua orang dicipta oleh Tuhan dan bahawa Dia mempunyai tujuan untuk setiap orang. Oleh itu, kami mementingkan pendidikan holistik – pendidikan keseluruhan, badan, minda dan roh, supaya kehendak Tuhan untuk setiap orang boleh dilihat dan dipenuhi.

Kami percaya banyak kebenaran-kebenaran yang paling penting dipelajari dalam masyarakat. Matlamat kami adalah bahawa setiap orang dalam masyarakat kami akan berasa dihargai dan diterima, dan digalakkan untuk memenuhi potensi mereka yang dikurniakan oleh Tuhan.

Sebagai sebuah sekolah antarabangsa kami mengalu-alukan ke dalam masyarakat kami semua kaum, semua agama dan semua latar belakang sosial. Kami menghormati integriti semua orang dan tidak akan secara sedar melakukan apa sahaja yang merendah-rendahkan kaum, budaya, agama atau latar belakang sosial lain atau akan membawa kepada ketidakharmonian. Sebagai sebuah institusi Methodist, kami ingin membina sebuah komuniti sekolah berdasarkan ajaran dan kepercayaan Kristian dan bersama-sama meletakkan nilai-nilai Kristian di tengah-tengah kehidupan kami. Kami akan mempromosikan agama Kristian di sekolah dan menggalakkan individu untuk mengambil serius tuntutan Kristus. Ibadat Kristian akan menjadi sebahagian daripada kehidupan di sekolah, dan semua pelajar dan staf pengajar akan dikehendaki menghadiri semua perhimpunan formal; tetapi kami hendaklah juga peka kepada kepercayaan individu staf dan pelajar-pelajar kami.

Kami meraikan hakikat bahawa kami adalah masyarakat antarabangsa di sebuah sekolah – ketika ini pelajar kami mewakili lebih daripada 30 negara. Matlamat kami adalah untuk membantu setiap pelajar berasa bangga dengan budaya dan identiti kebangsaan mereka, tetapi juga menghargai peluang dan cabaran yang kami hadapi sebagai sebuah komuniti global.

Oleh kerana kami berada di Singapura, adalah wajar kami mengiktirafkan setiap hari nilai-nilai yang penting kepada negara tuan rumah kami – melalui menghormati bendera Singapura, dan berdiri bersama rakyat Singapura apabila mereka menyatakan ikrar dan menyanyikan lagu kebangsaan.