Prosedur Kemasukan

Bakal pelajar / ibu bapa diminta untuk mengemukakan permohonan yang telah siap – sama ada secara online di lamanweb atau melalui salinan keras – dengan perkara-perkara berikut dilampirkan:

  • Laporan sekolah untuk dua tahun yang lalu.
  • Salinan semua kelayakan formal – cth PSLE, Peringat ‘O’, IGCSE atau kelayakan akademik yang lain
  • Gambar saiz pasport
  • Yuran Pendaftaran
  • Untuk warganegara dan penduduk tetap Singapura – Sijil Kelahiran yang disahkan
  • Bagi pelajar luar negara – salinan Sijil Kelahiran, Sijil Perkahwinan dan Dokumen Perjalanan Ibu Bapa yang telah disahkan dan diterjemahkan

Sila muat turun borang-borang berikut mengikut kesesuaian (Adobe reader diperlukan).

  • Borang Permohonan & Penjagaan 
    http://www.acsinternational.edu.sg/docs/ACS%20Application%20&%20Guardianship%20Form%20January%202015.pdf
  • Borang Permohonan Asrama
    http://www.oldhamhall.org/cos/ox?c=/wbn/pagetree&func=view&rid=27707
  • 2015 Yuran
    http://www.acsinternational.edu.sg/docs/2014%20school%20fee%20notice%20%20all%20yrs.pdf

Screen Shot 2015-06-08 at 3.43.20 PM  Mr. Joseph Ng
  Director of Admissions

 

Ujian Penempatan – Ujian-ujian kemasukan dijadualkan pada setiap Isnin 9:30 pagi – 2:30 petang. Ujian ini meliputi kertas dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan mungkin kertas Sains. Setiap kertas berlangsung selama kira-kira 2 jam dan akan meliputi kandungan berkaitan dengan pengajian tahap sebelumnya ke peringkat kemasukan. Setiap pemohon akan ditemu duga setelah selesainya kertas bertulis.

Nota: Pelajar-pelajar dengan PSLE, Peringat ‘O’ atau kelayakan IGCSE daripada tahun sebelum biasanya tidak akan dikehendaki menduduki ujian penempatan.

Penerimaan Pemohon yang berjaya akan dihantarkan surat penerimaan untuk tandatangan dan bayaran yuran. Ansuran pertama pembayaran yuran hendaklah merangkumi:

  • Semester Pertama (tidak dikembalikan)
  • Wang Cagaran
  • Bayaran Pelbagai

Selepas penerimaan, pemohon-pemohon luar negara perlu pergi ke Singapura dengan visa pelawat untuk memohon pas pelajar mereka. Setibanya, pemohon-pemohon akan bekerjasama dengan penjaga mereka untuk:

  • Membuat Permohonan Pas Pelajar
  • Membeli Pakaian Seragam dan Buku teks
  • Mengatur Tempat Penginapan / Asrama

Sebagai perancangan awal, pemohon-pemohon adalah digalakkan untuk melengkapkan permohonan pas pelajar sebelum ketibaan. Borang boleh dimuat turun dari Pendaftaran & Imigresen Singapura. http://www.ica.gov.sg/services_centre_overview.aspx?pageid=256&secid=182