Program Kurikulum

ACS (International) menawarkan program pendidikan sekolah menengah selama enam tahun. Pelajar-pelajar dengan kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama diletakkan dalam Program Aliran Utama dan mengikuti program terus dari Tahun 1 – 6 seperti jadual di bawah. Pelajar-pelajar akan mengikuti program akademik umum yang terdiri daripada semua subjek dalam dua tahun pertama di sekolah ini sebelum memilih kombinasi subjek mereka untuk Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE) dan Program Diploma International Baccalaureate (IBDP). Sesetengah pelajar didaftarkan untuk Cambridge Peringkat ‘O’ dalam bahasa ibunda mereka. Sekolah ini menawarkan kurikulum yang Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan. Kursus penyediaan SAT luaran disediakan untuk pelajar-pelajar yang bertujuan untuk masuk ke universiti-universiti Amerika Syarikat.

 

  Program Aliran Utama Program Bridging  
  Tahun Tahun  
  1 1 Bridging  
  2 2 Pra-IG  
  3 IGCSE    
  4 IGCSE

4 Pra-IB

4 IB Asas

 
  5 IBDP    
  6 IBDP    

Pelajar-pelajar yang Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua biasanya diletakkan di dalam Program Bridging dan berpindah ke Program Aliran Utama tahun berikutnya. Sebagai contoh, seorang pelajar di Tahun 2 Pra-IG Program Bridging biasanya akan meningkat ke Tahun 3 IGCSE Program Aliran Utama pada tahun berikutnya, dan begitu juga seorang pelajar dalam Tahun 4 Pra-IB akan meningkat ke Tahun 5 IBDP Aliran Utama tahun berikutnya.

Program IB Asas Tahun 4 adalah program satu tahun untuk pelajar-pelajar cekap berbahasa Inggeris dan menyediakan pelajar-pelajar yang tidak sempat untuk menghabiskan kursus IGCSE dua tahun untuk IBDP tahun berikutnya.

Untuk maklumat lanjut lihat laman web berikut:

Cambridge IGCSE

International Baccalaureate Organisation

_MG_0415

 

camb

IB-copy-copy1

Ministry-of-ed-copy1

CIS-Logo-CMYK1