ESOL (Penyambung)

Fakulti ESOL (Bahasa Inggeris bagi Penutur Bahasa Lain) menawarkan pembelajaran intensif Bahasa Inggeris untuk penutur-penutur bukan asli bahasa Inggeris melalui pelbagai program. Fakulti ini bertanggungjawab untuk Program Bridging dan mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL) IGCSE dan subjek peperiksaan Bahasa Inggeris B IBDP.

Program Bridging bertujuan untuk merapatkan jurang antara penutur asli dan bukan asli dan membangunkan kebolehan pelajar-pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan komunikasi praktikal dan penulisan akademik serta melahirkan individu yang berfikiran antarabangsa.

 

  Program Aliran Utama Program Bridging  
  Tahun Tahun  
  1 1 Bridging  
  2 2 Pra-IG  
  3 IGCSE    
  4 IGCSE 4 Pra-IB
4 IB Asas
 
  5 IBDP    
  6 IBDP    

 

Pelajar-pelajar yang Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua biasanya diletakkan di dalam Program Bridging dan berpindah ke Program Aliran Utama tahun berikutnya. Sebagai contoh, seorang pelajar di Tahun 2 Pra-IG Bridging biasanya akan meningkat ke Tahun 3 IGCSE Program Aliran Utama pada tahun berikutnya, dan begitu juga seorang pelajar dalam Tahun 4 Pra-IB akan meningkat ke Tahun 5 IBDP Aliran Utama tahun berikutnya.

Pelajar-pelajar Bridging menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris intensif dari guru-guru pakar dalam bahasa Inggeris tetapi subjek-subjek lain seperti Matematik, Sains dan Kemanusiaan adalah sama dengan subjek-subjek Aliran Utama.

 

_MG_0471