Tahun 5 dan 6 (IBDP)

Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) ditawarkan kepada pelajar-pelajar dari ACS (International) dan juga kepada mereka yang datang dari sekolah-sekolah lain yang memenuhi kriteria asas untuk penerimaan.

IBDP adalah program pra-universiti yang diiktiraf di peringkat global dan dikaji sebagai penggantian Peringkat ‘A’ atau program lain yang serupa. Pelajar-pelajar belajar 3 subjek di Peringkat Tinggi (HL), 3 subjek di Peringkat Standard (SL) serta unsur-unsur teras Teori Ilmu (TOK), Esei Extended (EE) dan Kreativiti, Tindakan dan Perkhidmatan (CAS).

Pelajar-pelajar diterima ke IBDP di ACS (International) sekiranya mereka memenuhi kriteria minimum yang berikut:

  • Gred 2 x A, 2 x B, 2 x C di IGCSE
  • Tidak lebih dari 20 mata di Peringkat ‘O’
  • Satu pakej subjek yang sesuai boleh ditawarkan bergantung kepada keputusan IGCSE / Peringkat ‘O’
  • Pelajar-pelajar mempunyai tingkah laku, kehadiran dan rekod CCA yang baik
  • Lulus temu duga lisan.
  • Pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak mempunyai keputusann peperiksaan luaran yang diiktiraf dikehendaki menduduki ujian-ujian kemasukan ACS (International) dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains; selain dari menghadiri temu duga lisan.
  • Kemasukan Langsubng – pelajar-pelajar ACS (International) hanya boleh dianugerahkan kemasukan ke Tahun 5 berdasarkan kerja kursus, tingkah laku dan keputusan Peperiksaan Prelim mereka. Keputusan Kemasukan Langsung dibuat selepas Peperiksaan Prelim IGCSE pada bulan September.

SUBJEK-SUBJEK YANG DITAWARKAN DI TAHUN 5 & 6

Kumpulan 1: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Korea, Bahasa Vietnam, Sokongan Sekolah untuk Kajian Sendiri

Kumpulan 2: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Hindi, Bahasa Tamil.

Kumpulan 3: Ekonomi, Perniagaan dan Pengurusan, Sejarah, Geografi, Psikologi

Kumpulan 4: Biologi, Kimia, Fizik, Sukan Senaman dan Sains Kesihatan

Kumpulan 5: Matematik, Pengajian Matematik

Kumpulan 6: Muzik, Seni Visual, Teater, subjek tambahan Kumpulan 3 atau Kumpulan 4

Lihat: http://www.ibo.org/en/programmes/diploma-programme/